Selamat Datang

PORTAL RASMI

SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI
01000 Kangar Perlis


E-mail: skjejawi@jpnperlis.gov.my
Telephone: 04-9768545
  http://jpnperlis.gov.my/skjejawi

 

  • Loading...
  • Loading...
  • Loading...
  • Loading...
  • Loading...
  • Loading...
  • Loading...

UPSR 2012

24.09.2012 - 00:00 o'clock

Time remaining



Countdown
expired

WAJAH-WAJAH SKJ

P1050578 DSCN5291 IMG_0291 P1090073 IMG_0370 P1090083 DSC_3105 10.5.2010 057 P1080699 P1090024

Carian

PAUTAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Jejawi
Majlis Persaraan En Razali Ibrahim (PK Pentadbiran SK Jejawi) PDF Print E-mail
Written by Bahiyah   
Thursday, 08 March 2012 02:45


Pada tanggal 4 Mac 1956, kedengaran satu tangisan di Kampung Kubang Gajah. Tangisan
itu daripada seorang bayi lelaki comel yang diberi nama Razali. Nama itu diberi oleh ayahanda bonda iaitu Ibrahim Bin Hj Ali dan Bunga Mat Akib. Bayi itu membesar dan menjadi seorang kanak – kanak yang ceria. Semasa zaman kanak –kanak, insan ini mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Jejawi ( 1963 –1968),  SMK Syed Sirajuddin ( 1969 –1971) SMV Butterworth ( 1972 – 1973), MP Teknik ( 1976 – 1977).

Insan ini memulakan perkhidmatan sebagai pendidik di SM Mahsuri ( 1978 – 1981), SMK Megat Dewa ( 1982 – 1993), SMK Arau ( 1993 – 1999), SMK Syed Sirajuddin ( 2000 – 2002), SK Felda Rimba Emas ( 2002 –2003). Sekolah terakhir insan ini ialah SK Jejawi 2003 hingga 2012.

Pada Sabtu yang lepas 3 Mac 2012 bersamaan hari ganti persekolahan , Sekolah Kebangsaan Jejawi telah mengadakan Majlis Persaraan Tn Hj Razali Bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini.
Majlis perpisahan ini berlansung dengan cukup meriah sekali dengan berbagai persembahan dan ucapan bagi mengenang jasa yang telah beliau taburkan sepanjang dalam perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik khasnya semasa berada dalam keluarga SKJ.

Majlis ini dimulakan dengan pertandingan mewarna PPDa Tahap 1 dan 2. Ia bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Murid tahap satu dibenarkan rehat pada jam 9.00 pagi manakala murid tahap dua rehat jam 9.15 pagi. Majlis persaraan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zuhaimi B Ismail. Ahmad Auzaei sebagai Ketua Pelajar SKJ telah memberi ucapan mewakili semua murid SKJ.

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan murid yang ditujukan khas untuk Cikgu Razali. Antaranya dendangan lagu ‘ Salam Terakhir’, ‘ Ayah’, dan ‘Bunyi Gitar’. Persembahan Multimedia disediakan sebagai kenang – kenangan. Tuan Guru Besar juga mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan terakhir buat pembatunya yang setia dan komited dalam kerjanya.

Seterusnya ucapan dari yang diraikan iaitu Cikgu Razali Ibrahim sendiri. Di dalam ucapannya, beliau menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang pelajar yang kuat azam dan seterusnya mengisahkan penglaman beliau sebagai seorang pendidik.  Para guru, staf sokongan dan pelajar turut menyumbangkan cenderahati kepada beliau sebagai penghargaan di atas khidmat bakti beliau selama ini.

Last Updated on Monday, 19 March 2012 09:01
 
Majlis Tilawah Al Quran PKP Jejawi PDF Print E-mail
Written by Shazziela   
Monday, 05 March 2012 04:01

 

Sekali lagi ucapan syukur kepada pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi. Dengan penuh rasa kenang di dalam secebis waktu. Alhamdulillah pada tarikh keramat 25 Februari 2012 yang lalu, sekolah yang dicintai kita semua iaitu SK Jejawi telah dinobatkan Allah Taala sebagai pemenang keseluruhan bagi KP Jejawi dalam Majlis Tilawah Al Quran bagi Tahun 2012. Majlis ini diadakan secara meriah di SK Dato Kayaman dan disambut oleh 7 buah sekolah. Siapa sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah SK Jejawi dalam acara bercerita kisah – kisah al Quran  ( Perempuan ) dan hafazan ( lelaki )dinobatkan johan. Begitu acara – acara lain, masing – masing mencatatkan tempat yang tidak kurang hebatnya. Siapa sangka usaha yang digembelingkan tidak sia – sia malah membuahkan hasil yang cantik. Setiap yang dituai pasti akan dapat hasilnya. Di majlis itu, semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung baik pelajar mahupun guru – guru berasa bangga di atas kejayaan ini. Tuan guru besar ( En Jamaludin B Jaapar ) melebarkan seribu kemanisan senyuman di bibir apabila tangkas SK Jejawi dinobatkan sebagai johan keseluruhan.  Apapun yang baik dari Allah dan kelemahan dari diri kita sendiri. Semoga apa yang diusahakan diberkati dan dirahmati Allah Taala. Terima kasih pada yang Satu..Amin Ya Rob..

 

Last Updated on Monday, 19 March 2012 05:17
 
Persaraan Puan Badariyah Jusoh PDF Print E-mail
Written by Bahiyah   
Friday, 02 March 2012 00:46

Pada 8 Februari 2012, terpahatlah dalam sejarah SK Jejawi di mana pihak sekolah , guru , murid dan staff sekolah telah kehilangan seorang guru , pendidik , kawan serta ibu yang telah banyak menaburkan bakti kepada sekolah ini. Beliaulah tempat guru-guru meminta nasihat daripada segi kekeluargaan , pengajaran dan keagamaan. Beliau menjadi bahan rujukan kepada kawan-kawan. Beliau yang dimaksukan adalah Puan Badariyah Jusoh. Beliau meninggalkan bidang perkhidmatan pendidikan dengan kesihatan yang baik dan telah mencurahkan ilmu yang ada pada setiap murid-muridnya.

Sambutan Hari Persaraan insan ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi, bermula dengan paluan kompang dan bunga manggar. Beliau diiringi guru besar , penolong kanan dan guru-guru ke dewan terbuka SK Jejawi. Acara dimulakan dengan ucapan YDP PIBG sekolah , ucapan Tuan Guru Besar dan Ucapan Puan Badariyah sendiri. Acara ini diselangseli dengan persembahan murid dan Tayangan Multimedia yang menayangkan kenangan hidup Puan Badariyah semenjak kecil  hingga sekarang......

Antara isi ucapan beliau adalah , beliau akan memulakan kerjaya baru setelah bersara iaitu menjadi suri rumah sepenuh masa. Di harapkan Puan Badariyah berjaya dalam hidup , dunia dan akhirat. Aminnn...

Last Updated on Friday, 02 March 2012 01:10
 
Kejohanan Akuatik PDF Print E-mail
Written by Bahiyah   
Wednesday, 22 February 2012 05:06

Kejohanan Akuatik MSSPs ke 11 Tahun 2012

Kejohanan ini diadakan di Kolam Renang Kompleks Sukan Negeri Perlis. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa (FINA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Terdapat 24 acara ditawarkan dalam acara renang. Antaranya :

* Gaya dada
* Gaya kupu-kupu
* Gaya bebas
* Gaya lentang

Terdapat 3 orang murid SK Jejawi yang berjaya mewakili sekolah dan kawasan ke kejohanan peringkat negeri iaitu:

1. Nor Shuhada Solehah Hanafi
2. Fatin Khairina Aqilah Hanafi
3. Nurul Alia Faqihah Hanafi

Kejohanan ini diadakan di Kolam Renang MSN di bawah kelolaan SK Sena. 

 
Kejohanan olahraga PDF Print E-mail
Written by Bahiyah   
Wednesday, 22 February 2012 04:35

Kejohanan Bola Jaring MSSPs peringkat KP Jejawi 2012 telah diadakan pada 30-31 Januari lalu bertempat di Padang Sek.Keb.Jejawi .Kejohanan ini diadakan lebih awal untuk memberi laluan kepada kejohanan padang dan balapan.

Perlawanan diadakan secara liga yang melibatkan 7 pasukan daripada 7 buah sekolah di KP Jejawi. Pertandingan akhir pula melibatkan sistem kalah mati. Sekolah yang terlibat adalah :

1. SK Chuping
2. SK IPGM
3. SK Santan
4. SK Oran
5. SK Jejawi
6. SK Dato' Kayaman
SK Kg Salang

Tentatif Kejohanan :

ISNIN (30 Januari 2012)

2.45 ptg : Pendaftaran
3.00 - 5.30 ptg Pertandingan

SELASA (31 Januari 2012)

3.30 ptg : Pertandingan Separuh Akhir
4.30 ptg : Pertandingan Akhir
5.00 ptg : Ucapan Perasmian penutup dan penyampaian hadiah

Keputusan Rasmi

 Separuh Akhir 

 BILSEKOLAH KEPUTUSAN   PEMENANG 
 1.SK JEJAWI VS SK SANTAN 6 -7 SK SANTAN 
 2.SK ORAN VS SK CHUPING 11 - 8 SK ORAN 

Peringkat Akhir Keputusan Rasmi

BIL  SEKOLAH KEPUTUSAN  PEMENANG   
 1.SK SANTAN VS SK ORAN   11-12 SK ORAN 

KEPUTUSAN RASMI 

 

JOHAN : SK ORAN

NAIB JOHAN : SK SANTAN

KETIGA : 1. SK JEJAWI

2. SK CHUPING 

 

 PEMAIN TERBAIK  : NURUL IZZAH BT. ISMAIL (CENTER) SK ORAN

Last Updated on Wednesday, 22 February 2012 04:56
 
Kursus Pengurusan Jenazah Tahun 6 PDF Print E-mail
Written by Shazziela   
Tuesday, 25 October 2011 00:00
 
Tiap yang hidup pasti akan mati. Tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat. Datangnya tidak kira dimana jua kita berada. Kita wajar mempersiapkan diri untuk saat yang telah dijanjikan. Demi secebis waktu yang berbaki ini dan pelbagai rintangan yang datang menggoda,syukur pada Nya kerana Unit Bimbingan dan Kaunseling Puan Rozlinda dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF  telah berjaya menganjurkan satu kursus pengurusan jenazah .
 
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah diungkapkan kepada pihak yang telah berjaya menjayakan kursus tersebut dengan jayanya. Seorang penceramah yang diberi nama Ustaz Khalid dari luar yang berpengalaman luas telah memberi  kursus dengan penuh komited. Seluruh warga sekolah amat menghargai segala pendedahan dan perkongsian kursus dengan penuh semangat. Disamping  itu juga para pelajar yang turut serta amat seronok dengan kursus yang dianjurkan kerana bagi mereka, ini satu peluang dan ruang yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan tunjuk dan petunjuk yang diperturunkan ini, sayugianya mereka dapat beramal dan berkongsi dengan umat sejagat.
 
Semoga usaha yang kecil ini dapat diteruskan lagi pada masa yang mendatang. Dengan mendongak kepala dan merafak tangan mohon agar apa yang diusahakan ini diberkati dan dirahmati allah taala. Mudah -  mudahan generasi pelajar yang lahir ini adalah yang cemerlang,  gemilang dan terbilang  yang mampu memartabatkan Nurul Islam yang kini parah dimamah usia bumi ini.
Last Updated on Friday, 28 October 2011 23:26
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Mutiara Kata Pilihan

 

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.." "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

 

MAKLUMAN

Majlis Tilawah Al Quran peringkat Negeri Perlis akan diadakan pada 21 April 2012. 2 Orang pelajar SKJ akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah - kisah Al Quran ( perempuan) dan hafazan ( lelaki ). Tahniah diucapkan. ________________________________________ Borang berkaitan MBMMBI untuk kegunaan guru-guru dan pentadbir boleh dimuat turun pada ruangan KURIKULUM. ________________________________________ TAHNIAH kepada pemenang Majlis Tilawah Al Quran peringkat kawasan Jejawi. SKJ menjadi johan keseluruhan peringkat KP Jejawi.Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu meningkatkan pencapaian SK Jejawi ________________________________________ Majlis Persaraan Tn Haji Razali Ibrahim diadakan pada Sabtu 3 Mac 2012 dengan meriah dan jayanya. ________________________________________ Peperiksaan PKSR 1 akan bermula pada 6 sehingga 8 Mac 2012. Semoga berjaya diucapkan kepada semua murid SKJ.




PILIH BAHASA

DASAR BARU KPM

EMIS SK Jejawi

(Data seperti pada 22 Mac 2012)

Bilangan Guru

Lelaki
Perempuan  Jumlah
12

35

 47

Bilangan Bukan Guru

Lelaki
Perempuan  Jumlah
2 6  8

Bilangan Murid (Enrolmen)

             
Lelaki  
Perempuan
 Tahun 1

39

 49

 Tahun 2

 43

 42

 Tahun 3

 38

 36

 Tahun 4

 40

 31

 Tahun 5

 40

 45

 Tahun 6

 37

 59

 Jumlah

 237

 262


MiniCalendar

May 2012
MTWTFSS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 

UNDIAN

Guru-guru di sekolah telah dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian yang nyata bukan tugas hakiki seorang guru.
 

Hakcipta Terpelihara 2009-2012 Sekolah Kebangsaan Jejawi
DIjana 0.26 saat